Isnin, 16 Disember 2013

Mencari Ketenangan...

Arrggghhhh pening kpala ar!

Kenapa ar semua ni tjadi kat aku!

susahnya hati aku!!!

        Manusia mana tak pernah berasa susah hati dan kecewa dalam hidup. setiap hari pasti ada sahaja sesuatu yang membelenggu hati kita yang inginkan ketenangan. Tetapi apakan daya semakin kita lari dari kekacauan jiwa semakin ia berlari mengejar kita..

        Namun begitu Allah telah memberi kita akal fikiran yang sgt istimewa untuk kita berfikir dan bertenang dalam menghadapi segala perkara yang membuat kita berasa susah hati dan tidak tenteram..

         Aku juga tak dapat lari dari perkara2 yang membuat aku berasa sedih dan pilu, terutama apabila memikirkan cabaran2 yang terpaksa aku lalui setiap hari. Tetapi aku berusaha untuk melenyapkan kesedihan itu dengan cara ku sendiri..

         Apabila ada masa terluang, aku akan melihat kembali foto2 kenangan yang aku tangkap semasa aku bercuti atau bersiar2 di tempat kegemaranku. aku berasa tenang dan terus mengukir senyuman apabila mengenang kembali saat2 indah di tempat yang aku lawati itu.. seronok bukan?

        Adakalanya aku akan mendengar muzik dan lagu-lagu kegemaranku yang pasti akan menenangkan jiwa ku yang sedang berkecamuk. Dan lagu yang paling aku gemari adalah Keindahan Alam nyanyian kumpulan Flybaits. rentak dan senikatanya begitu indah, syahdu dan mendayu2..

          Doa. Itulah yang paling penting sebenarnya dalam mengejar ketenangan. Apa salah nya setiap kali selepas kita solat, kita panjatkan doa kepada yang Maha Esa, Allah SWT.. kerana segala yang kita miliki adalah anugerahnya.. panjatkan lah kesyukuran kepada Nya pasti hati dan jiwa kita akan berasa tenang dan tenteram....

        Ingat! ketenangan itu hanya akan hadir jika kita berusaha mencarinya...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan